DSKP BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
URL: https://drive.google.com/file/d/0B_7HK8WVpWT0T2dfcE9SNXc1MTA/view?usp=sharing
Selasa, 29 Disember 2015
Khamis, 12 November 2015
AYAT MAJMUK PANCANGAN RELATIF
Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan
perkataan yang seperti contoh di bawah:
1) Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Leman.
(2) Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak Leman
(3) Kanak-kanak itu cedera
Ayat (1) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan
dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan ``kanak-kanak itu'' dan menggunakan
kata hubung yang.
•Ayat relatif oleh Nik Safiah Karim ialah ayat yang wujud
dalam binaan ayat majmuk pancangan. Ayat relatif ditandai oleh kata yang. Dari
segi makna, kata yang menerangkan salah satu unsur yang terdapat dalam klausa
bebas.
•Dalam ayat, yang digunakan sebagai penghubung antara salah
satu fungsi ayat dengan klausa peluasannya.
•Contohnya, dalam ayat
Sebahagian besar pendapatan yang akandiperoleh itu
adalah daripada sewaan.
Kata yang berfungsi menghubungkan subjek ayat, iaitu
sebahagian besar pendapatan denganklausa peluasannya, iaitu akan diperoleh itu.
Rabu, 7 Oktober 2015
PANDUAN
MENULIS KARANGAN SYARAHAN
Assalamualaikum murid-murid Tahun
Lima Al Farabi Sekolah Kebangsaan Alor
Pongsu. Cikgu berharap agar kamu semua bergembira kerana dapat menjenguk
laman blog cikgu ini. Cikgu paparkan beberapa panduan penulisan
karangan syarahan. Semoga kamu mendapat manfaat sepenuhnya.
Teknik Penulisan
a)Syarahan boleh ditulis seperti karangan jenis
rencana, perbincangan dan perbahasan
b)Syarahan dimulai dengan kata alu-aluan sebagai
tanda hormat kepada Tuan Pengerusi Majlis, para jemputan khas dan audiens.(Jika
untuk pertandingan perlulah ditulis para hakim yang arif lagi bijaksana selepas
Tuan Guru Besar)
c)Nyatakan
tajuk syarahan yang ingin anda sampaikan
d)Hanya 1 isi dimuatkan dalam 1 perenggan
e)Selitkan unsur-unsur peribahasa, humor, kata-kata
hikmat supaya penulisan tidak menjadi kaku dan membosankan
f)Anda perlu menyebut tuan-tuan dan puan-puan
sekalian, hadirin sekalian, atau sidang hadirin sekurang-kurangnya 3 kali
g)Akhiri syarahan dengan kesimpulan yang menyeluruh
dan memohon maaf kepada para hadirin jika terdapat ketelanjuran kata dalam
syarahan tadi
Contoh pendahuluan (dimulakan dengan pantun)
Cahaya matahari menyilau mata,
Rasa pedih berusaha menahan;
Lafaz bismillah pembuka kata,
Gelanggang syarahan saya mulakan.
Contoh Pendahuluan:
Assalamulaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada Tuan Pengerusi
Majlis,Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu,barisan para hakim yang
arif lagi bijaksana,guru-guru, dan rakan-rakan sekalian.Hadirnya saya di pentas
yang indah ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Unsur-unsur
Budaya Barat Membawa Kesan Buruk Terhadap Cara Hidup Masyarakat Timur’.
Contoh Pengolahan Isi:
Hadirin sekalian,
Dewasa ini ramai artis popular daripada barat dijadikan idola oleh
remaja kita.Tambahan pula,media massa di negara kita sering mensensasikan
kehidupan artis tersebut. Natijahnya,cara pemakaian yang seksi serta menjolok
mata menjadi ikutan.Sebagai contoh, artis Britney Spears yang terkenal dengan
cara pemakaian yang seksi dan menjijikkan sering menjadi ikutan para remaja.
Sebagai masyarakat yang kaya dengan adab ketimuran, mereka tidak seharusnya
menjadikan golongan artis barat ini sebagai idola mereka.
Penutup:
Sebelum kaki melangkah pergi,sebelum kata penutup bicara, sekali lagi
saya ingin menegaskan bahawa masyarakat Timur haruslah sentiasa memelihara
budaya kita sendiri agar tidak terpinggir oleh budaya Barat. Saya juga ingin
memohon jutaan kemaafan kepada para hadirin sekalian atas segala ketelanjuran.
Sekian,terima kasih.
http://anjungbahasacikguli.blogspot.my/2020/04/panduan-menulis-karangan-syarahan.html
Langgan:
Catatan (Atom)