PETIKAN 3
Tuliskan lima nilai berdasarkan petikan
di bawah
Jam
menunjukkan pukul 10.40 pagi, loceng menandakan waktu rehat berbunyi.
Murid-murid keluar dari kelas masing-masing dan berpusu-pusu menuju ke kantin.
Mereka beratur untuk membeli pelbagai juadah yang dijual di kantin.
“Kamu
tidak ke kantin, Jazlan?” tanya Norita rakan sekelasnya.
“Tidak,
aku ada membawa bekalan,” jawab Jazlan sambil membuka bekalan. Memang telah
menjadi kelaziman bagi Jazlan membawa bekalan dari rumah. Wang saku yang
diberikan oleh ibunya disimpan di dalam tabung. Amalan menabung ini telah
dilakukan oleh Jazlan sejak dia di tahun satu lagi.
“Maklumlah,
orang hendak cepat kaya. Berbelanja di kantin pun dia tidak mahu. Tidak lama
lagi ada seorang rakan kita yang akan bergelar jutawan,” Norita menyindirnya
dan disambut dengan hilaian ketawa rakan-rakannya yang lain.
Jazlan
tidak berasa hati sedikit pun dengan ejekan dan sindiran rakan-rakannya.
Baginya, menabung merupakan tabiat mulia yang perlu diamalkan. Setiap orang
perlu berjimat cermat untuk masa depannya. Lebih-lebih lagi wang belanja yang diperoleh
adalah hasil jerih ibunya mengambil upah menjahit.
“Mungkin
rakan-rakanku itu keluarganya orang berada. Mereka tidak pernah hidup susah
ataupun mengalami masalah kewangan. Segala kemahuan akan dipenuhi oleh ibu bapa
mereka. Lainlah aku, keluargaku bukannya daripada kalangan orang yang berada,
ayah telah meninggal sejak aku dilahirkan” Jazlan berbisik sendirian memujuk
hatinya.
Pada
penghujung tahun, Jazlan telah terpilih sebagai pemenang pertama satu
pertandingan penyimpan wang terbanyak dan terkerap. Jazlan telah menerima
beberapa hadiah istimewa berupa wang dan peralatan sekolah daripada pihak bank
yang menaja pertandingan tersebut.
PETIKAN 2
Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada
petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50
patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Adli duduk di bawah pokok. Dia
membelek-belek keputusan peperiksaannya. Keputusan yang diterimanya itu kurang
memuaskan. Tentu ibu dan ayahnya berasa kecewa apabila melihat keputusan
peperiksaannya. Dia berasa malu kepada rakan baiknya, Saiful. Walaupun Saiful
hidup dalam serba kekurangan, namun dia cemerlang dalam pelajaran.
Dia tahu bahawa dia boleh
berjaya. Namun begitu, dia malas hendak belajar. Setiap hari masanya dihabiskan
dengan bermain permainan video dan menonton televisyen. Dia jarang-jarang
mengulang kaji pelajaran. Dia sering membuat kerja rumah pada saat-saat akhir.
Kadang kala dia meniru kerja rumah Saiful.
Setelah mendapat keputusan peperiksaan
pertengahan tahun, dia berasa hampa. Peperiksaan UPSR hanya tinggal beberapa
bulan sahaja lagi. Dia sedar bahawa dia seharusnya berubah sikap. Dia berazam
untuk belajar bersungguh-sungguh.
Adli terserempak dengan Saiful
ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah. Dia berasa malu. Saiful memujuknya
agar tidak berasa kecewa. Saiful berjanji akan membantu Adli dalam pelajaran.
Adli bersetuju untuk belajar bersama-sama Saiful. Saiful berasa amat gembira
kerana Adli mahu berubah sikap.
Sejak itu Adli belajar dengan
tekun. Dia menghabiskan masa dengan belajar dan mengulang kaji pelajaran.
Saiful membantu Adli dalam mata pelajaran yang dia lemah. Mereka sering
berbincang tentang pelajaran bersama-sama. Akhirnya berkat usaha yang gigih dan
semangat yang tinggi, Adli berjaya memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR. Ibu
bapa berasa amat bangga dengannya.
PETIKAN 1
Sahabatku Fadhil,
Tujuan saya
menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa menyertai
lawatan ke Pulau Langkawi anjuran Kelaab
Bahasa Melayu sekolah saya.
Kami memperolehi
ilmu pengetahuan yang banyak.Setiap detik yang dilalui,kami manfaatkan dengan
mengunjungi tempat bersejarah seperti Beras Terbakar, Makam Mahsuri, dan Pantai Pasir Hitam.Ketika menaiki Kereta
Kabel Langkawi menuju ke puncak Gunung Machincang,Kami kagum akan keindahan
alam semula jadi.Cuacanya sejuk manakala udaranya segar dan nyaman.
Semasa di Pantai
Cenang,kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru pengiring melarang kami
kerana ombak besar.Kami akur akan nasihat guru tersebut.Lawatan seterusnya ke
“Underwater World”,iaitu tempat pelbagai jenis hidupan air dipamerkan.Kami
berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan.
Sebelum pulang
kami singgah di Pekan Kuah untuk membeli-belah.Saya hanya membeli barang-barang
yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh ibu .Saya juga membeli
cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan