DSKP BAHASA MELAYU TAHUN ENAM
URL: https://drive.google.com/file/d/0B_7HK8WVpWT0T2dfcE9SNXc1MTA/view?usp=sharing
Selasa, 29 Disember 2015
Khamis, 12 November 2015
AYAT MAJMUK PANCANGAN RELATIF
Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan
perkataan yang seperti contoh di bawah:
1) Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Leman.
(2) Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak Leman
(3) Kanak-kanak itu cedera
Ayat (1) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan
dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan ``kanak-kanak itu'' dan menggunakan
kata hubung yang.
•Ayat relatif oleh Nik Safiah Karim ialah ayat yang wujud
dalam binaan ayat majmuk pancangan. Ayat relatif ditandai oleh kata yang. Dari
segi makna, kata yang menerangkan salah satu unsur yang terdapat dalam klausa
bebas.
•Dalam ayat, yang digunakan sebagai penghubung antara salah
satu fungsi ayat dengan klausa peluasannya.
•Contohnya, dalam ayat
Sebahagian besar pendapatan yang akandiperoleh itu
adalah daripada sewaan.
Kata yang berfungsi menghubungkan subjek ayat, iaitu
sebahagian besar pendapatan denganklausa peluasannya, iaitu akan diperoleh itu.
Rabu, 7 Oktober 2015
PANDUAN
MENULIS KARANGAN SYARAHAN
Assalamualaikum murid-murid Tahun
Lima Al Farabi Sekolah Kebangsaan Alor
Pongsu. Cikgu berharap agar kamu semua bergembira kerana dapat menjenguk
laman blog cikgu ini. Cikgu paparkan beberapa panduan penulisan
karangan syarahan. Semoga kamu mendapat manfaat sepenuhnya.
Teknik Penulisan
a)Syarahan boleh ditulis seperti karangan jenis
rencana, perbincangan dan perbahasan
b)Syarahan dimulai dengan kata alu-aluan sebagai
tanda hormat kepada Tuan Pengerusi Majlis, para jemputan khas dan audiens.(Jika
untuk pertandingan perlulah ditulis para hakim yang arif lagi bijaksana selepas
Tuan Guru Besar)
c)Nyatakan
tajuk syarahan yang ingin anda sampaikan
d)Hanya 1 isi dimuatkan dalam 1 perenggan
e)Selitkan unsur-unsur peribahasa, humor, kata-kata
hikmat supaya penulisan tidak menjadi kaku dan membosankan
f)Anda perlu menyebut tuan-tuan dan puan-puan
sekalian, hadirin sekalian, atau sidang hadirin sekurang-kurangnya 3 kali
g)Akhiri syarahan dengan kesimpulan yang menyeluruh
dan memohon maaf kepada para hadirin jika terdapat ketelanjuran kata dalam
syarahan tadi
Contoh pendahuluan (dimulakan dengan pantun)
Cahaya matahari menyilau mata,
Rasa pedih berusaha menahan;
Lafaz bismillah pembuka kata,
Gelanggang syarahan saya mulakan.
Contoh Pendahuluan:
Assalamulaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada Tuan Pengerusi
Majlis,Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu,barisan para hakim yang
arif lagi bijaksana,guru-guru, dan rakan-rakan sekalian.Hadirnya saya di pentas
yang indah ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Unsur-unsur
Budaya Barat Membawa Kesan Buruk Terhadap Cara Hidup Masyarakat Timur’.
Contoh Pengolahan Isi:
Hadirin sekalian,
Dewasa ini ramai artis popular daripada barat dijadikan idola oleh
remaja kita.Tambahan pula,media massa di negara kita sering mensensasikan
kehidupan artis tersebut. Natijahnya,cara pemakaian yang seksi serta menjolok
mata menjadi ikutan.Sebagai contoh, artis Britney Spears yang terkenal dengan
cara pemakaian yang seksi dan menjijikkan sering menjadi ikutan para remaja.
Sebagai masyarakat yang kaya dengan adab ketimuran, mereka tidak seharusnya
menjadikan golongan artis barat ini sebagai idola mereka.
Penutup:
Sebelum kaki melangkah pergi,sebelum kata penutup bicara, sekali lagi
saya ingin menegaskan bahawa masyarakat Timur haruslah sentiasa memelihara
budaya kita sendiri agar tidak terpinggir oleh budaya Barat. Saya juga ingin
memohon jutaan kemaafan kepada para hadirin sekalian atas segala ketelanjuran.
Sekian,terima kasih.
http://anjungbahasacikguli.blogspot.my/2020/04/panduan-menulis-karangan-syarahan.html
Sabtu, 1 Jun 2013
Cerita Hukum D-M
Isu Hukum D-M (Syed Rojak), Ejaan (Mee) dan Lain-lain
Oleh Mohd Isa Abd Razak
SYED ROJAK
Rojak Telur Sotong RM4.00
Rojak Telur RM3.50
Rojak Mee RM4.00
Jikalau ayah Syed bernama Rojak
atau Syed sangat suka makan rojak sehingga digelar “Syed Rojak”, maka kata nama
“Syed Rojak” betul. Sekiranya nama ayah Syed ialah Rojak, namakan gerai itu
“Gerai Syed bin Rojak”. Sekiranya, kata “rojak” itu ialah gelaran untuk Syed,
gerai itu boleh dinamakan “Gerai Syed Rojak”. Jualan utama di gerai itu bukanlah
rojak tetapi mungkin bunga, buah-buahan, kuih-muih dan lain-lain. Jadi kita
pergi ke Gerai Syed (bin) Rojak untuk membeli bunga, buah atau kuih.
Jikalau hakikatnya nama ayah Syed
bukanlah Rojak dan Syed tidak pernah digelar sebagai “Syed Rojak”, penggunaan
kata nama itu silap. Sekiranya kata nama itu bermaksud jualan utama atau
satu-satunya jualan di gerai itu ialah rojak, pihak berkuasa tempatan perlu
mengarahkan pemilik gerai itu untuk menukar nama gerainya kepada Gerai Rojak
Syed. Kata kawan saya, “Rojak di Gerai Rojak Syed itu sedap sungguh!”
“Mee” mungkin nama orang
Tionghua. Jadi rojak Mee ialah rojak yang dibuat oleh Puan Mee (Sam Pah). Hal
ini dikatakan demikian kerana kita pernah mendengar orang menyebut nasi lemak
Mak Minah, pisang goreng Pak Misai, dan cendol pulut Bakar . Jikalau bahan
utama rojak itu ialah mi, maka pihak berkuasa tempatan hendaklah menyuruh Tuan
Syed merujuki buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua
dan/atau Kamus Dewan Edisi Keempat. Berdasarkan konteks, “mee" itu
bukanlah Puan Mee. Saya yakin *“mee" itu sebenarnya mi, iaitu sejenis
bahan makanan yang rupanya seperti laksa tetapi biasanya berwarna kuning, dan
biasanya juga diperbuat daripada tepung gandum.
“Rojak telur sotong” mungkin
rojak istimewa di Gerai Rojak Syed. Kata kawan saya, “Aku belum pernah makan
telur sotong. Aku hendak rasa rojak telur sotong di Gerai Rojak Syed itu. Mari
kita ke sana.”
Saya membalas, “Lain kalilah, ya.
Apabila gerai itu menjual rojak telur penyu, kira-kira empat biji sepinggan,
barulah kita pergi. Harganya RM4.00 juga. Ha ha.”
Ahad, 19 Mei 2013
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
Kepada semua murid SK Alor Pongsu Bagan Serai Perak, khususnya anak-anak didik cikgu kelas Enam Arif, selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 yang akan bermula pada Isnin 20.05.2013. Jadikanlah peperiksaan kali ini sebagai satu petanda yang positif bagi anda sebelum menjelangnya UPSR nanti. Tenangkan fikiran sepanjang masa peperiksaan. Jawab soalan yang mudah dahulu.Bagi soalan yang sukar pula, fikirlah berkali-kali. Insya-Allah dengan berkat usaha dan doa semua pihak, anda akan berjaya.Hasilkan keputusan yang terbaik..
Sabtu, 18 Mei 2013
Kenali Zaaba
Zainal Abidin Ahmad (16 September
1895 - 23 Oktober 1973), juga dikenali sebagai Zaaba merupakan seorang
sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar
tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau
merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai
seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia.
Beliau merupakan seorang
cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam
kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada
penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan
Sultan Idris.
Isnin, 13 Mei 2013
Karangan Berita Enam Al Farabi
Soalan: Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan Minggu Bahasa Melayu 2013.Kamu diminta menulis berita tentang perjalanan Minggu Bahasa Melayu 2013. Tuliskan beita berkenaan selengkapnya.
Sila gunakan rangka karangan yang disediakan di bawah.
Pendahuluan:
Isi 1 : Pertandingan Bercerita
Isi 2 : Berbalas Pantun
Penutupan: Majlis Penutupan
Selamat mengarang. Jangan malas bertanya.
Sila gunakan rangka karangan yang disediakan di bawah.
Pendahuluan:
- nama program
- tempoh program
- perasmian
- perasmi dan acara
Isi 1 : Pertandingan Bercerita
- penyertaan murid tahap 1 dan 2
- tempat pertandingan
- hakim pertandingan
- suasana pertandingan
Isi 2 : Berbalas Pantun
- penyertaan murid tahap 2
- tempat pertandingan
- hakim pertandingan
- suasana pertandingan
- penyertaan murid prasekolah
- tempat pertandingan
- hakim pertandingan
- suasana pertandingan
Penutupan: Majlis Penutupan
- penyampaian hadiah
- acara persembahan
- perasmian penutupan
- suasana majlis.
Selamat mengarang. Jangan malas bertanya.
Langgan:
Catatan (Atom)
