Sebagai pembaca yang prihatin kita tentu menemukan beberapa kekeliruan dalam sesuatu ejaan perkataan. Antara kekeliruan ejaan yang selalu kita temui termasuklah bentuk ejaan kata-kata tunggal seperti alit atau atlet, agung atau agong, istirehat atau istirahat, ihsan atau ehsan, bestari atau bestari, kerenah atau karenah dan beberapa perkataan yang lain lagi.
Contoh kekeliruan bentuk ejaan kata terbitan pula ialah bentuk ejaan pewujudan atau pengujudan, pengswastaan atau penswastaan, pengembala atau penggembala, mengkebumikan atau mengebumikan dan banyak lagi perkataan yang lain. Memang terdapat ketiakseragaman ini terutamanya masalah ini berlaku dalam meda cetak atau bahan-bahan bacaan yang lain. Sebagai contoh ada akhbar yang menggunakan ejaan atlet manakala akhbar lain pula menggunakan ejaaan atlit.