Sebagai pembaca yang prihatin kita tentu menemukan beberapa kekeliruan dalam sesuatu ejaan perkataan. Antara kekeliruan ejaan yang selalu kita temui termasuklah bentuk ejaan kata-kata tunggal seperti alit atau atlet, agung atau agong, istirehat atau istirahat, ihsan atau ehsan, bestari atau bestari, kerenah atau karenah dan beberapa perkataan yang lain lagi.
Contoh kekeliruan bentuk ejaan kata terbitan pula ialah bentuk ejaan pewujudan atau pengujudan, pengswastaan atau penswastaan, pengembala atau penggembala, mengkebumikan atau mengebumikan dan banyak lagi perkataan yang lain. Memang terdapat ketiakseragaman ini terutamanya masalah ini berlaku dalam meda cetak atau bahan-bahan bacaan yang lain. Sebagai contoh ada akhbar yang menggunakan ejaan atlet manakala akhbar lain pula menggunakan ejaaan atlit.
Perkataan atlet berasal daripada perkataan Inggeris athlet. Kata ini telah diserapkan ke dalam bahasa Melayu. Ejaan yang betul ialah atlet bukannya atlit. Bentuk eaan atlet hampir menyerupai ejaan atlet dalam bahasa Inggeris.
Setelah penyerapan perkataan dibuat, maka berlakulah pengubahsuaian bentuk ejaan asal kepada bentuk ejaan bahasa sasaran supaya serasi dengan sistem ejaan bahasa Melayu serta menepati kehendak peraturan penyerapan perkataan bahasa asing ke dalam bahasa Melayu. Antaranya, penghilangan beberapa huruf daripada ejaan asal. Contoh lain seperti kata glass menjadi gelas, stamp menjadi setem, dialect menjadi dialek, elektric menjadi elektrik, dan perkatan-perkataan lain seumpamanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan