Laporan Lawatan ke
Muzium Negeri Perak
Pada 20 Jun yang
lalu, bersamaan hari Ahad, Persatuan Kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan Serai
Maju Bagan Serai telah mengadakan
lawatan sambil belajar ke Muzium Negeri Perak. Lawatan yang disertai oleh 40
orang murid itu diiringi oleh empat orang guru pengiring.
Rombongan kami
sampai di pekarangan muzium pada kira-kira jam 10.00 pagi iaitu setelah satu
jam perjalanan. Seorang wakil dari muzium telah menyampaikan sedikit taklimat
berkenaan muzium tersebut. Pada mulanya, kami telah dipertontonkan dengan
tayangan Sejarah Negeri Perak. Kami diberi penerangan tentang sejarah negeri
Perak.
Selepas
mengetahui serba-sedikit tentang negeri Perak, kami dibawa pula ke galeri
sejarah. Di situ, kami berkesempatan melihat barang-barang sejarah. Pelbagai
barang dipamerkan. Antaranya, senjata zaman dahulu, pakaian, peralatan
memasak dan pelbagai lagi barang kegunaan zaman dahulu.
Tepat jam 2.00
petang, rombongan kami telah berada di dalam perut bas untuk lawatan
seterusnya. Lawatan kami berakhir dengan kegembiraan dan kami berharap agar tujuan
lawatan untuk memberi kesedaran sejarah kepada pelajar tercapai.
Disediakan oleh, 26
JUN 2015.
(IZZATUL ALIA BT RAHMAN)
Setiausaha,
Persatuan
Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan
Serai Maju.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan