PDPR BM TAHUN 5AF DAN 5 AG 08. 02.2021 ISNIN 8.00 -10.00 PAGI
BAHAGIAN PEMAHAMAN
Baca petikan syarahan di bawah, kemudian
jawab soalan-soalan berikutnya. Petikan syarahan tidak perlu disalin ke dalam
buku.
**********************************************************************************
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim, guru-guru dan rakan-rakan
tahun lima yang saya hormati sekalian. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan
pada pagi ini ialah “Negara Bersih
Rakyat Sihat”.
Hadirin yang saya muliakan,
Dalam kehidupan
seharian pada masa sekarang, aspek kebersihan memerlukan keprihatinan semua
pihak agar negara kita sentiasa bersih dan rakyat pula sihat. Seruan inilah
yang sering diuar-uarkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Sesungguhnya rakyat yang sihat merupakan aset yang paling penting bagi sesebuah
negara.
Justeru,
pencemaran perlu dihindarkan kerana gejala ini mampu mengundang pelbagai bahaya
dan kesan buruk kepada manusia. Sikap tidak bertanggungjawab menjadi punca
utama pencemaran berlaku sama ada pencemaran udara, air dan sebagainya.
Pencemaran ini berpunca daripada sikap manusia sendiri seperti aktiviti
pembuangan sampah ke merata-rata tempat, pelepasan asap dari kilang, pembuangan
sisa toksik ke dalam sungai dan pelbagai punca lagi. Hal ini akan mengakibatkan
rakyat negara ini menghidap pelbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung, batuk
kering, barah paru-paru, sesak nafas dan penyakit-penyakit lain lagi. Maka,
sikap peka terhadap alam sekitar haruslah dititikberatkan oleh setiap anggota
masyarakat.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Dalam konteks
Malaysia kini, antara langkah yang boleh kita lakukan untuk menangani masalah
ini adalah dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia. Sebagai contoh,
penggunaan racun serangga dan alat penyaman udara merupakan antara punca
pencemaran yang paling ketara dan serius. Kedua-duanya mampu mengakibatkan
penipisan ozon. Oleh itu, penggunaan bahan ini perlu dikawal supaya alam semula
jadi terus terjaga.
Program kitar semula yag diperkenalkan haruslah diberi perhatian
kerana program ini mampu menjaga alam sekitar. Bahan-bahan terbuang ada yang
dapat digunakan semula dan ada juga yang sesuai dikitar semula menjadi bahan
lain. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi bahan nutrien untuk
menghindarkan pembaziran dan surat khabar pula boleh dijadikan tisu.
Justeru, marilah kita bersama-sama
memastikan agar negara kita sentiasa bersih dan terpelihara kerana negara
bersih, rakyat sihat.
*********************************************************************************
Salin soalan ke
dalam buku latihan pemahaman dan jawab semua soalan dalam ayat yang lengkap.
1.Apakah tajuk syarahan yag telah
disampaikan oleh peserta tersebut?
________________________________________________________________
2.Siapakah yang perlu lebih prihatin
terhadap kebersihan negara?
________________________________________________________________
3.Ke manakah sisa toksik itu dibuang
hingga menyebabkan berlakunya pencemaran?
____________________________________________________________________
4.Mengapakah program kitar semula
dikatakan mampu menjaga alam sekitar?
____________________________________________________________________
5.Apakah harapan penyampai syarahan
kepada semua hadirin?
_____________________________________________________________________
Soalan 6 hingga Soalan 10
Padankan perkataan dengan maksudnya.
|
Perkataan
|
|
Maksud
|
6
|
keprihatinan *
|
|
* diumumkan
|
7
|
diuar-uarkan *
|
|
* pengotoran
|
8
|
aset *
|
|
* perhatian
|
9
|
pencemaran *
|
|
* lapisan atmosfera
|
10
|
ozon *
|
|
* harta
|
BAHAGIAN TATABAHASA
Tajuk : Penjodoh Bilangan
Klik pautan di bawah untuk menonton
video bertajuk Penjodoh Bilangan.
https://www.youtube.com/watch?v=jokp9RNsrt4
Salin dan jawab soalan-soalan di
bawah dengan pilihan jawapan yang diberikan.
biji
|
rawan
|
cubit
|
batang
|
tandan
|
helai
|
jambak
|
pucuk
|
kawan
|
buah
|
bentuk
|
rangkap
|
1. Haji Karim sedang menjahit se ____________ jala di hadapan rumahnya.
2. Emak mengambil beberapa
____________ garam dan dimasukkan ke dalam masakannya.
3. Se _____________ pokok telah
tumbang di tengah jalan.
4. Abang sedang mengait
se____________ kelapa di belakang rumah.
5. Irfan menghulurkan se ___________
bunga kepada saya.
6.Ayah menghadiahi emak se__________
cincin permata.
7. Jamayah sedang asyik menjahit
se___________ baju kurung.
8. Se___________ burung sedang
berterbangan di udara.
9. Kucing jiran saya telah dilanggar
oleh se___________ kereta.
10.Salimah mengambil se___________
epal di atas meja.
SEKIAN, SELAMAT BELAJAR