Ahad, 14 Februari 2021

PDPR BAHASA MELAYU 5 AF dan 5AG ISNIN 15.02.2021

 

PDPR  BAHASA MELAYU  TAHUN  5AF dan 5AG  15.02.2021  ISNIN

 

Aktiviti  1:

Tonton video melalui capaian di bawah dari mula hingga akhir. Cadangan masa menonton adalah pada pukul 8.15 pagi hingga 8.45 pagi.

 

https://youtube.com/playlist?list=PLo4PS0-S4vsiWNjsiOSq58-ZquXln21HR

 

 

Aktiviti 2 :

Lihat gambar  di bawah dan fahami jadual teknik pembinaan  ayat yang dicadangkan.

 

 



 

 

Jadual Pembinaan Ayat

 

Subjek

Kata Kerja

Objek

Keterangan/Huraian

( yang//kerana/untuk )

 

Keluarga Nurul

membersihkan

halaman rumah

agar kawasan rumah mereka kelihatan bersih dan kemas.

1

Emak Nurul

menanam

anak pokok bunga

supaya halaman rumah mereka cantik dan berseri.

2

Ayah Nurul

memasukkan

sampah

ke dalam plastik smpah untuk dibuang ke tempat pembunagan sampah.

3

Fahim

menggunakan

pencakar

untuk mengumpul daun-daun kering yang bertaburan di bawah pokok.

4

Nurul

menjemur

pakaian

yang telah dibasuhya pada pagi tadi.

 

5

Haikal

menyiram

pokok-pokok bunga

agar pokok itu hidup subur

 

Aktiviti 3 :

Berdasarkan jadual pembinaan ayat di atas, bina lima ayat yang lengkap. Tulis ayat-ayat ke dalam buku latihan Penulisan. ( Buku Panjang )

Contoh :

Keluarga Nurul sedang membersihkan halaman rumah agar kawasan rumah mereka kelihatan bersih dan kemas

1. ____________________________________________________________________________.

2. ____________________________________________________________________________.

3. __.__________________________________________________________________________

4._____________________________________________________________________________

5 _____________________________________________________________________________

 

Aktiviti 4 : Tatabahasa ; kata ganti nama.

PILIHAN JAWAPAN

ini

sini

begini

sana

kalian

siapa-siapa

apa-apa

apa-apa

mana-mana

bila-bila

awak

bila

 

Salin semua  soalan  dan tulis jawapan di tempat kosong berpandukan pilihan jawapan yang disediakan. Gunakan buku latihan tatabahasa (buku pendek)  untuk menjawab soalan.

1. “Jika ____________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya,” kata Ainul kepada kawan-kawannya.

2. Nah, ambil wang__________ !” kata emak sambil menghulurkan wang kepada saya.

3. Abang saya pergi ke Kuala Lumpur. Dia ada urusan di ___________________.

4. “Cuaca di _______________  sungguh sejuk,” kata Salim sambil menahan kesejukan.

5. Jangan berkelakuan _______________,tidak elok,” nasihat ibu kepada Zarif.

6. Kalau tidak ada _____________________  masalah  projek itu akan siap sebulan lagi.

7. Duduklah di __________________________ yang kamu suka.

8. Entah __________________  yang disimpanya di dalam peti itu.

9. ____________ pun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan.

10. Jemputlah ke rumah saya __________________ encik ada masa lapang.

 

 

SEKIAN  HARGAILAH  MASA

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan