Rabu, 3 Februari 2021

PDPR SEJARAH TAHUN 5AB 5AF DAN 5AG 04.02.2021

 

TAJUK : KETUA NEGERIKU                                                           KHAMIS 04.02.2021


Ikuti langkah-langkah  dan panduan yang diberikan di bawah.

Jika kamu ingin membaca buku Sejarah Tahun Lima secara dalam talian sila klik capaian (  link)  buku Sejarah Tahun Lima

http://anyflip.com/cniv/nsae/basic

Langkah 1 :

Salin  dan jawab semua soalan di bawah ke dalam Buku Latihan Sejarah. Untuk mendapatkan jawapan yang betul dan tepat sila baca Buku Teks Sejarah Tahun Lima.

Soalan-soalan  Latihan

1. Gelaran Ketua Negeri bagi negeri  Pahang ialah  ________________.

2. Gelaran Ketua Negeri bagi negeri Perlis ialah       ________________.

3. Bagi Negeri Sembilan rajanya bergelar Yang di-Pertuan Besar atau ___________________.

4. Meraikan Hari Keputeraan Sultan adalah antara cara rakyat ________________ institusi raja.

5. Gelaran Ketua Negara bagi negara Jepun  ialah  ____________________.

6.  Antara negara di Asia yang masih mengekalkan institusi raja ialah ___________________.

7. Sebagai tanda berkabung atas __________________ Sultan, bendera negeri dikibarkan hanya separuh tiang.

8. Terdapat ________________ buah negeri yag mengekalkan institusi raja di begara kita.

9. Yang di-Pertuan Agong ialah ketua negeri bagi ______________________.

10. Sultan Brunei bersemayam di Istana  ________________ .

PILIHAN  JAWAPAN

Raja

menghargai

Maharaja

kemangkatan

Sultan

Yamtuan Besar

sembilan

Brunei

Wilayah Persekutuan

Nurul Iman

 

 

 

Langkah 2

Tonton video melalui capaian di bawah  dari mula hingga akhir.

https://www.youtube.com/watch?v=bz9VdKTcv14

 

Sekian , selamat belajar.

JADIKAN SEJARAH SEBAGAI PENGAJARAN UNTUK MEMAJUKAN DIRI, BANGSA DAN NEGARA.

Ahad, 31 Januari 2021

BAHASA MELAYU TAHUN 5AF DAN 5AG ISNIN 01.02.2021

 

PDPR  BAHASA MELAYU  TAHUN  5AF dan 5AG  01.02.2010  ISNIN

 

Langkah 1:

Tonton video melalui capaian di bawah dari mula hingga akhir. Cadangan masa menonton adalah pada pukul 8.15 pagi hingga 8.45 pagi.

 

https://youtube.com/playlist?list=PLo4PS0-S4vsiWNjsiOSq58-ZquXln21HR

 

 Langkah 2 :

Lihat gambar  di bawah dan fahami jadual teknik pembinaan  ayat yang dicadangkan.

 

 Gambar di bawah menunjukkan suasana di suatu tapak perkhemahan.

 Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti perkhemahan berdasarkan gambar.

 

 

 


 

 

 

Subjek

Kata Kerja

Objek

Keterangan/Huraian

( yang//kerana/untuk )

 

Kamarul

menjerang

air

untuk menyediakan minuman petang kepada para peserta perkhemahan.

1

Suhaidi

membantu

Kamarul

kerana dia sangat suka membantu kawan-kawannya.

2

Cikgu Fauzi

melihat

kumpulan Pengakap

yang sedang mendirikan khemah agar khemah itu kemas dan kukuh.

3

Syahmi

membawa

seberkas kayu api

untuk dijadikan sebagai bahan api.

4

Zubir dan Asraf

Mandi-mandi

di dalam sungai

yang berhampiran dengan tapak perkhemahan itu.

5

Azzamuddin

berdiri

di tepi  sungai

sambil menikmati keindahan alam di kawasan itu.


Tulis lima ayat yang lengkap. Tulis ayat-ayat ke dalam buku latihan Penulisan. ( Buku Panjang )

Contoh :

Kamarul sedang menjerang air untuk menyediakan minuman kepada para peserta perkhemahan.

1. ____________________________________________________________________________.

2. ____________________________________________________________________________.

3. __.__________________________________________________________________________

4._____________________________________________________________________________

5 _____________________________________________________________________________

 

Langkah 4 : Tatabahasa ; kata kerja ( BUKU TATABAHASA : BUKU PENDEK)

Sila tonton video melalui capaian di bawah


https://www.youtube.com/watch?v=1Gg1QShNQy8

EduwebTV BAHASA MELAYU Kata Kerja Transitif


Langkah 5 : Latihan 

PILIHAN JAWAPAN

Jadual ini tidak perlu disalin.

menjunjung

menanam

menjenguk

menghadiri

menganyam

melayari

menampi

membincangkan

menjinjing

menguli

melilitkan

 

 

Salin semua  soalan  dan tulis jawapan di tempat kosong berpandukan pilihan jawapan yang disediakan. Gunakan buku latihan tatabahasa (buku pendek)  untuk menjawab soalan.

1.Puan Rokiah dan rakan-rakannya sangat pandai ___________ tikar mengkuang.

2.Mak Timah _________ padi untuk memilih padi yang elok sahaja.

3.Puan Zukrina ___________ sebuah bakul dan ______________ dua buah beg plastik yang berisi barangan dapur.

4. Pak Cik Hadi begitu tekun _________ padi di   bendangnya.

5. Pegawai Perhilitan ____________ rantai pada badan dan kaki gajah-gajah liar itu.

6. Penduduk  taman mengadakan perjum paan untuk ___________cadangan projek ekonomi.

7. Nenek Azli ________ke luar jendela untuk melihat orang yang datang ke rumahnya.

8. Wani tidak dapat __________majlis perkahwinan Naimah kerana bertugas di luar negara.

9. Rosma  ____________Internet untuk mencari maklumat tentang kereta Proton Iriz.

10. Puan Hanina sedang ___________tepung gandum untuk membuat kuih donat.

Jumaat, 19 Februari 2016

BAHASA MELAYU ENAM AL FARABI SKAP

Laporan Lawatan ke Muzium Negeri Perak

     Pada 20 Jun yang lalu, bersamaan hari Ahad, Persatuan Kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan Serai Maju Bagan Serai  telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negeri Perak. Lawatan yang disertai oleh 40 orang murid itu diiringi oleh empat orang guru pengiring.

     Rombongan kami sampai di pekarangan muzium pada kira-kira jam 10.00 pagi iaitu setelah satu jam perjalanan. Seorang wakil dari muzium telah menyampaikan sedikit taklimat berkenaan muzium tersebut. Pada mulanya, kami telah dipertontonkan dengan tayangan Sejarah Negeri Perak. Kami diberi penerangan tentang sejarah negeri Perak.

     Selepas mengetahui serba-sedikit tentang negeri Perak, kami dibawa pula ke galeri sejarah. Di situ, kami berkesempatan melihat barang-barang sejarah. Pelbagai barang dipamerkan. Antaranya, senjata zaman dahulu, pakaian, peralatan memasak dan pelbagai lagi barang kegunaan zaman dahulu.

     Tepat jam 2.00 petang, rombongan kami telah berada di dalam perut bas untuk lawatan seterusnya. Lawatan kami berakhir dengan kegembiraan dan kami berharap agar tujuan lawatan untuk memberi kesedaran sejarah kepada pelajar tercapai.

Disediakan oleh,                                                                                                                  26 JUN 2015.
  
(IZZATUL ALIA BT RAHMAN)
Setiausaha,
Persatuan Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Serai Maju.




Rabu, 3 Februari 2016

KATA ADJEKTIF PANCAINDERA

  • Menerangkan perkataan yang memberi pengertian tentang konsep rasa,pandang, dengar,bau,sentuh,atau gabungan kelima-lima pancaindera dan berfungsi sebagai penerang kata nama.
  • Pancaindera pandang cantik,molek, kacak,lawa,hodoh
  • Kakak Amin sangat cantik.
  • Pancaindera dengar    : bising, merdu,serak, lunak
  • Suara Siti Norhaliza sangat merdu.
  • Pancaindera bau         : harum,wangi,busuk,tengik,hapak
  • Bangkai ayam itu sangat busuk.
  • Pancaindera sentuh    : kasar,licin,kesat,lembut
  • Lantai simen yang kesat itu menyebabkan lutut adik berdarah.
  • Pancaindera rasa         : sedap,manis,lazat,pedas,masin,tawar
  • Buah mangga di dusun  datuk manis  benar.

Selasa, 29 Disember 2015

DSKP BAHASA MELAYU TAHUN ENAM

URL: https://drive.google.com/file/d/0B_7HK8WVpWT0T2dfcE9SNXc1MTA/view?usp=sharing

Khamis, 12 November 2015


AYAT MAJMUK PANCANGAN RELATIF

Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang seperti contoh di bawah:
1) Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Leman.
(2) Kanak-kanak itu rupa-rupanya anak Pak Leman
(3) Kanak-kanak itu cedera

Ayat (1) telah dipancangkan kepada subjek ayat utama dan dijadikan ayat kecil dengan menggugurkan ``kanak-kanak itu'' dan menggunakan kata hubung yang.

•Ayat relatif oleh Nik Safiah Karim ialah ayat yang wujud dalam binaan ayat majmuk pancangan. Ayat relatif ditandai oleh kata yang. Dari segi makna, kata yang menerangkan salah satu unsur yang terdapat dalam klausa bebas.

•Dalam ayat, yang digunakan sebagai penghubung antara salah satu fungsi ayat dengan klausa peluasannya.

•Contohnya, dalam ayat
Sebahagian besar pendapatan yang akandiperoleh itu adalah daripada sewaan.


Kata yang berfungsi menghubungkan subjek ayat, iaitu sebahagian besar pendapatan denganklausa peluasannya, iaitu akan diperoleh itu.

Rabu, 7 Oktober 2015

PANDUAN MENULIS KARANGAN SYARAHAN

Assalamualaikum murid-murid  Tahun Lima Al Farabi  Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu. Cikgu berharap agar  kamu  semua bergembira kerana dapat menjenguk laman  blog cikgu ini.  Cikgu paparkan beberapa panduan penulisan karangan syarahan. Semoga kamu mendapat manfaat sepenuhnya.

Teknik Penulisan

a)Syarahan boleh ditulis seperti karangan jenis rencana, perbincangan dan perbahasan

b)Syarahan dimulai dengan kata alu-aluan sebagai tanda hormat kepada Tuan Pengerusi Majlis, para jemputan khas dan audiens.(Jika untuk pertandingan perlulah ditulis para hakim yang arif lagi bijaksana selepas Tuan Guru Besar)

 c)Nyatakan tajuk syarahan yang ingin anda sampaikan

d)Hanya 1 isi dimuatkan dalam 1 perenggan

e)Selitkan unsur-unsur peribahasa, humor, kata-kata hikmat supaya penulisan tidak menjadi kaku dan membosankan

f)Anda perlu menyebut tuan-tuan dan puan-puan sekalian, hadirin sekalian, atau sidang hadirin sekurang-kurangnya 3 kali

g)Akhiri syarahan dengan kesimpulan yang menyeluruh dan memohon maaf kepada para hadirin jika terdapat ketelanjuran kata dalam syarahan  tadi

Contoh pendahuluan (dimulakan dengan pantun)

Cahaya matahari menyilau mata,
Rasa pedih berusaha menahan;
Lafaz bismillah pembuka kata,
Gelanggang syarahan saya mulakan.

Contoh Pendahuluan:
Assalamulaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah   Kebangsaan Alor Pongsu,barisan para hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru, dan rakan-rakan sekalian.Hadirnya saya di pentas yang indah ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Unsur-unsur Budaya Barat Membawa Kesan Buruk Terhadap Cara Hidup Masyarakat Timur’.

Contoh Pengolahan  Isi:
Hadirin sekalian,
Dewasa ini ramai artis popular daripada barat dijadikan idola oleh remaja kita.Tambahan pula,media massa di negara kita sering mensensasikan kehidupan artis tersebut. Natijahnya,cara pemakaian yang seksi serta menjolok mata menjadi ikutan.Sebagai contoh, artis Britney Spears yang terkenal dengan cara pemakaian yang seksi dan menjijikkan sering menjadi ikutan para remaja. Sebagai masyarakat yang kaya dengan adab ketimuran, mereka tidak seharusnya menjadikan golongan artis barat ini sebagai idola mereka.

Penutup:
Sebelum kaki melangkah pergi,sebelum kata penutup bicara, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa masyarakat Timur haruslah sentiasa memelihara budaya kita sendiri agar tidak terpinggir oleh budaya Barat. Saya juga ingin memohon jutaan kemaafan kepada para hadirin sekalian atas segala ketelanjuran. Sekian,terima kasih.




http://anjungbahasacikguli.blogspot.my/2020/04/panduan-menulis-karangan-syarahan.html