Selasa, 30 April 2013

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

sambungan ....


11.Mempunyai teknik membaca yang betul:
  • duduk dengan tegak dan bernafas dengan betul
  • memberikan tumpuan sepenuhnya
  • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
  • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

12Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan     malas.

13Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulang kaji, dan sebelum       menghadapi peperiksaan.

14Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

15Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulang kaji.

16Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

17Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

18Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

19Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

20Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

Jumaat, 26 April 2013

BIJAK TATABAHASA

KATA MAJMUK


Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan cara merangkaikan dua kata dasar atau lebih.  Perkataan baharu yang terbentuk membawa makna tertentu atau khusus.  Beberapa contoh kata majmuk ialah biru laut, jalan raya, kaki ayam, mata pelajaran, meja tulis dan Perdana Menteri.
Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh menerima sebarang penyisipan sebarang unsur lain.  Misalnya, kata majmuk kerusi malas tidak boleh disisipkan perkataan yang, lalu membentuk kerusi yang malas.  Demikian jua kata majmuk merah muda menjadi tidak gramatis apabila disisipkan kata hubung dan, menjadi merah dan muda.
Jadi, satu cara kita hendak memastikan sama ada sesuatu frasa hendak memastikan sama ada sesuatu frasa itu kata majmuk atau frasa sahaja, maka sisipkan perkataan yang atau dan.  Dalam contoh di atas pastilah kerusi yang malas tidak betul.  Oleh itu, kerusi malas itu ialah kata majmuk.
Demikian juga halnya dengan frasa rumah sakit.  Apabila bentuk frasa ini disisipkan dengan perkataan yang, terbentuklah rumah yang sakit.  Betulkah frasa rumah yang sakit?  Tentu tidak.  Oleh itu, rangkai kata rumah sakit ialah kata majmuk.  Tetapi jika rumah besar bukan kata majmuk; sebaliknya frasa nama sahaja.
Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
1.        Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.
2.       Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus.
3.       Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan (simpulan bahasa)
Contoh kata majmuk untuk jenis yang pertama ialah nasi putih, nasi minyak, tengah hari dan Timbalan Perdana Menteri.  Untuk jenis yang kedua pula iaitu atur cara, urus setia,.  Namun begitu, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang di eja bergabung.  Kata majmuk yang dieja berangkai ini dianggap sudah mantap sebagai satu perkataan yang utuh walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar.  Contoh:
antarabangsa setiausaha beritahu matahari sukarela bumiputera suruhanjaya pesuruhjaya olahraga jawatankuasa kerjasama warganegara
Kata majmuk dapat mengalami proses penggandaan.  Ada dua cara penggandaan kata majmuk.  Bagi kata yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih, yang digandakan ialah unsure pertamanya.  Contoh:
Meja tulis – meja-meja tulis
Ketua murid – ketua-ketua murid
Menteri Besar – Menteri-Menteri Besar
Bagi kata majmuk yang dieja bercantum, penggandaan melibatkan keseluruhan perkataan.  Contoh:
Kakitangan – kakitangan-kakitangan
Jawatankuasa – jawatankuasa-jawatankuasa
Bumiputera – bumiputera-bumiputera
Tanggungjawab – tanggungjawab-tanggungjawab
Selain itu, kata majmuk juga menerima imbuhan lalu membentuk kata majmuk terbitan.  Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu pertama, apabila kata majmuk menerima awalan atau akhiran, maka ejaannya terpisah.  Contoh:
Ber+campur aduk – bercampur aduk
Me+temu ramah – menemu ramah
Di+ambil alih – diambil alih
Daya serap+an – daya serapan
Kedua, apabila kata majmuk menerima apitan, kata majmuk terbitan yang terbentuk dieja bercantum.  Contoh:
Di+urus niaga + kan diurusniagakan
Me + satu padu + kan -  menyatupadukan
Pe + ambil alih + an - pengambilalihan
Begitulah huraian tentang kata majmuk bahasa Melayu.  Semoga dengan huraian ringkas ini dapat membantu para pelajar menggunakan bentuk kata majmuk yang betul.



Khamis, 25 April 2013

Petua Pelajar Cemerlang


Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah.

Pelajar cemerlang akan:

1Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan   membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2.Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
·        kita ingat 10 % apayang dibaca
·        kita ingat 20% apa yang didengar
·        kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
·        kita ingat 70% apa yang dicakapkan
·        kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3.Belajar secara aktif dengan pen/pensel di tangan.

4.Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5Tahu memberikan ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat     khabar, melawat rakan dan sebagainya….

Ahad, 7 April 2013

Satu Perkongsian


Assalamualaikum serta salam mesra. Terima kasih dan ucapan penghargaan daripada saya  atas kesudian rakan-rakan mengunjungi laman blog saya yang masih dalam peringkat pembinaan ini. Buat kali ini setakat ini yang mampu saya laksanakan. Yang lain tu masih teraba-raba mencari cara-cara menambah sebarang  keperluan dalam blog. Saya amat kagum dan teruja sekali  apabila  melayari laman blog rakan-rakan lain. Satu permulaan yang cukup baik dan saya amat percaya satu hasil kerja yang berkualiti akan terhasil jua akhirnya.
Dalam ruang yang amat terhad ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada sesiapa sahaja yang telah membantu saya sama ada dalam bentuk panduan, cadangan, motivasi mahupun tunjuk ajar yang berguna. Sama-samalah kita berpegang pada falsafah Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunyaSemoga kita terus ke puncak kegemilangan ….