Khamis, 8 Julai 2021

PDPR BAHASA MELAYU TAHUN LIMA SKAP 09.07.2021 JUMAAT

 AYAT TUNGGAL   PELUASAN  SUBJEK  PELUASAN  PREDIKAT


AYAT  TUNGGAL

Keluarga Farisha sedang menjamu selera

Encik Farid makan sedikit sahaja

Badan memerlukan semua unsur itu.

Juadah mereka beraneka  rasa.

Ulam itu rasanya pahit.

 

PELUASAN SUBJEK

Keluarga  bahagia Farisha sedang menjamu selera

Encik Farid bapa Farisha makan sedikit sahaja

Badan sihat memerlukan semua unsur itu

Juadah enak mereka beraneka  rasa

Ulam segar itu rasanya pahit.

 

PELUASAN  PREDIKAT

Keluarga Farisha sedang menjamu selera  di ruang makan.

Encik Farid makan sedikit sahaja sepanjang masa

Badan memerlukan semua unsur itu agar sentiasa sihat.

Juadah mereka beraneka rasa  di atas meja.

Ulam itu rasanya pahit dimakan.

 SELAMAT BELAJAR

 


Isnin, 5 Julai 2021

PDPR SEJARAH TAHUN LIMA SKAP 06.07.2021 SELASA

 

MODUL  SEJARAH TAHUN    LIMA         TARIKH : 06.07.2021    SELASA

 

SK

Unit 6

SP

7.3.2

Tajuk

Ke Arah Menuntut  Kemerdekaan

Masa

60 minit ( 1 jam )

Persediaan

i.Komputer atau telefon pintar

ii,Buku Teks Sejarah Tahun Lima SK

iiiBuku Latihan Sejarah ( Buku Pendek)

iv. Alat tulis

 

Objektif

Murid dapat mengetahui aktiviti-aktiviti menuju kemerdekaan negara

Murid dapat menjawab 10 soalan latihan.

 

Aktiviti 1

 

(10 minit )

Murid menjawab soalan kuiz secara dalam talian

Kuiz kemerdekan. Murid membuat tangkap layar markah yang diperoleh

https://wordwall.net/ms/resource/3943175/kemerdekaan

 

Aktiviti 2

 

(20 minit )

 

Murid menonton video bertajuk  .Kemerdekaan Tanah Melayu

 

Arahan : Sila tonton video di bawah dengan teliti. Berikan fokus sepenuhnya. Klik capaian di bawah.

 

https://www.youtube.com/watch?v=VB8qEASGKyE

 

Murid menonton video bertajuk Apa Sebenranya Terjadi 25 Hari Sebelum Merdeka

https://www.youtube.com/watch?v=1zY49YXgrpo

 

Aktiviti 3

(10 minit )

Murid meneliti gambar dan petikan tentang Rundingan Kemedekaan dalam Buku Teks Sejarah Tahun Lima muka surat 82 dan 83

 

Aktiviti 4

(20 minit )

Murid menjawab soalan-soalan latihan. Lampiran latihan disertakan bersama modul ini.

 

SILA PATUHI TARIKH DAN MASA YANG DITETAPKAN OLEH PIHAK SEKOLAH.

.

 

 

 

 

 

 

 

NAMA : _____________________________________  TAHUN : __________________

 

SOALAN  LATIHAN 

Arahan : Jawab semua soalan dengan menulis jawapan yang sesuai.

 

1.Pada tahun 1956 rombongan kemerdekaan bertolak ke _______________ bagi berbincang dengan pihak British untuk menuntut kemerekaan Tanah Melayu.

2.Ahli-ahli rombongan terdiri daripada empat orang wakil raja-raja Melayu dan empat wakil ___________________________

3.______________________________ ialah perjanjian bagi menuntut Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

4. Tarikh __________________________  telah ditetapkan sebagai  tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

5. _____________________________  merupakan wakil bagi pihak British  yang bertemu dengan rombongan kemerdekaan.

6. Wakil bukan Melayu yang menjadi ahli rombongan kemerdekaan ialah _____________________

7. ___________________________  mewakili Raja-raja Melayu dalam rombongan menuntut kemerdekan Tanah Melayu.

 8. Teras utama dalam menuntut kemerdekaan ialah ____________________  dalam kalangan pemimpin.

9. _________________________  menandatangani Perjanjian Kemedekaan Persekutuan Tanah  Melayu .

10. Kaedah yang dipilih oleh pemimpin negara kita bagi mencapai kemerdekaan ialah kaedah _____________________________.

 

JADIKAN SEJARAH SEBAGAI PENGAJARAN DALAM HIDUP DAN MOTIVASI UNTUK MEMAJUKAN AGAMA DAN BANGSA

Isnin, 28 Jun 2021

PDPR SEJARAH TAHUN LIMA SKAP 29.06.2021 SELASA

 

MODUL  SEJARAH TAHUN    LIMA         TARIKH : 29.06.2021    SELASA

 

SK

Unit 6

SP

7.3.2

Tajuk

Ke Arah Menuntut  Kemerdekaan

Masa

60 minit ( 1 jam )

Persediaan

i.Komputer atau telefon pintar

ii,Buku Teks Sejarah Tahun Lima SK

iiiBuku Latihan Sejarah ( Buku Pendek)

iv. Alat tulis

Objektif

 

Aktiviti 1

 

(15 minit )

Murid menjawab soalan Kuiz Tokoh Kemerdekaan secara dalam talian. Murid ulang menjawab hingga betul semua soalan. 12/12

 Arahan: Klik capaian di bawah dan jawab semua soalan. Ulang jawab soalan hingga betul 12 soalan.

 https://wordwall.net/ms/resource/17829990/sejarah-tahun-5-unit-6-tokoh-pejuang-kemerdekaan

 Kuiz Sejarah Tahun 5 Unit 6 :Tokoh Pejuang Kemerdekaan

Aktiviti 2

 

(20 minit )

 

Murid menonton video bertajuk Ke Arah Menuntut Kemerdekaan PDPR Sejarah Tahun Lima.

 Arahan : Sila tonton video di bawah dengan teliti. Berikan fokus sepenuhnya. Klik capaian di bawah.

 https://www.youtube.com/watch?v=7B3ktqxvLD0

 

Aktiviti 3

( 15minit )

Murid menulis kembali peristiwa-peristiwa menuntut kemerdekaan mengikut urutan masa yang betul.

 LATIHAN  SEJARAH : KEMERDEKAAN

Arahan: Tuliskan peristiwa yang sepadan dengan tarikh. Lihat contoh  yang diberikan. Soalan dan jawapan perlu disalin ke dalam Buku Latihan Sejarah.


1942

Pendudukan Jepun yang membawa kesengsaraan kepada penduduk Tanah Melayu

 

1946

 

 

1948

 

 

1945

 

 

1955

 

 

1956

 

 

1957

 

 

1965

 

 

 

Pilih kenyataan peristiwa di bawah dan  tulis pada ruang yang sesuai di atas.

Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

 

Orang Melayu bangkit menentang penubuhan Malayan Union oleh British

 

Wakil raja-raja Melayu dan wakil Parti Perikatan berangkat ke London untuk berunding dengan  British berkaitan dengan kemerdekaan.

Bermulanya  penubuhan parti-parti politik seperti PKMM,  UMNO, MIC MCA, dan Hizbul Muslimin

 

Keganasan yang dilakukan oleh komunis mengakibatkan  darurat diisytiharkan di seluruh negara.

 

Sebuah parti politik yang mewakili pelbagai kaum ditubuhkan sebelum  pilihanraya diadakan

 

Pendudukan Jepun yang membawa kesengsaraan kepada penduduk Tanah Melayu.

 

Negara Malaysia ditubuhkan.

 


Aktiviti 4

(10 minit )

Murid membentangkan jawapan dan berbincang dengan guru

 

Buku latihan Sejarah perlu dimasukkan ke dalam fail A untuk dihantar pada hujung minggu.

 

JADIKAN SEJARAH SEBAGAI PENGAJARAN DAN SEMANGAT UNTUK MAJUKAN BANGSA DAN AGAMA.

 

Khamis, 24 Jun 2021

PDPR BAHASA MELAYU TAHUN LIMA SKAP 25.06.2021 JUMAAT

 Assalamualaikum semua. Semoga kita sentiasa dilindungi daripada wabak yang sedang melanda seluruh dunia. Sama-sama kita berusaha memutuskan rangkaian penyebaran virus Covid 19 . 

Untuk PDPR Bahasa Melayu hari ini, cikgu sertakan modul atau panduan pembelajaran yang boleh kamu jadikan landasan perjalanan pembelajaran kamu di rumah. Baca arahan atau aktiviti dengan teliti. Pada minggu akan datang kamu akan dibekalkan dengan modul ini di dalam Fail Modul PDPR. Patuhi arahan dan panduan yang diberikan.

Suka cita cikgu maklumkan bahawa  lembaran kerja latihan Kata Ganda bagi Aktiviti 3 terdapat dalam Fail PDPR yang perlu diambil di sekolah. Bagi yang belum mengambil fail tersebut, latihan boleh dibuat kemudian.

Sekali lagi  diingatkan KAMU PERLUMEMBACA ARAHAN DAN PANDUAN DENGAN TELITI. Harap tidak ada kesilapan yang kamu lakukan.

selamat belajar.

  

MODUL  PDPR BAHASA MELAYU TAHUN   LIMA                        TARIKH : 24.06.2021    JUMAAT

 

SK

5.2 –Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks

SP

5.2.3 –Memahami dan menggunakan kata ganda penuh mengikut konteks.

          -Memahami dan menggunakan kata ganda  separa mengikut konteks.

Tajuk

i.Uniknya Muzium Mini

ii.Mari Kita Ceriakan

Masa

60 minit ( 1 jam )

Persediaan

i.Komputer atau telefon pintar

ii,Buku Teks Bahasa Melayu Tahun Lima SK

iiiBuku Latihan Tatabahasa ( Buku Pendek)

iv. Alat tulis

Objektif

Murid dapat mengetahui pembinaan kata ganda seluruh dan kata ganda separa.

Murid dapat menjawab 10 soalan objektif

Murid dapat membina lima ayat dengan kata ganda berdasarkan bahan bacaan.


Aktiviti 1

 

(15 minit )

Sila tonton klip video di bawah . Slik klik atau taip capaian di bawah

https://www.youtube.com/watch?v=iqx8WaAHR1Y

Kata Ganda Bahasa Melayu Tahun 5


Aktiviti 2

 

(10 minit )

 

Keluarkan Buku Teks BM Tahun Lima dan buka muka surat 107. Baca petikan bertajuk Uniknya Muzium Mini.

Terdapat empat tempat kosong yang bertanda pensel dalam akhir petikan. Cuba teka apakah kata ganda yang sesuai untuk diletakkan di tempat-tempat kosong tersebut.

i.___________________ ii_________________________

iii_________________   iv.________________________


Aktiviti 3

(10 minit )

Baca dan jawab soalan-soalan yang dilampirkan bersama modul ini. Terdapat 10 soalan yang perlu dijawab. Kamu dibenarkan menjawab terus pada kertas latihan.

Aktiviti 4

(10 minit )

Klik capaian di bawah dan tonton video dari mula hingga akhir.

https://www.youtube.com/watch?v=7Z2QiqxLHdM

Kata Ganda Separa

 

Aktiviti 5

( 15 minit)

Keluarkan buku teks BM tahun lima, Buka muka surat 108. Baca petikan yang bertajuk Mari Kita Ceriakan. Kesan kata ganda yang terdapat dalam petikan itu. Senaraikan lima kata ganda yang terdapat dalam petikan. Kemudian bina satu baris ayat bagi setiap kata ganda yang kamu senaraikan tadi. Jumlah semua lima ayat sahaja.

CONTOH:

Kata ganda : pepondok

Ayat: Pada waktu rehat kami berlima suka duduk di pepondok yang dibina di tepi padang itu.

 

SETELAH KAMU SELESAI MEMBUAT LATIHAN MASUKKAN KERTAS DAN BUKU LATIHAN KE DALAM FAIL UTK DIHANTAR KEPADA GURU.

 

Selasa, 22 Jun 2021

PDPR BAHASA MELAYU TAHUN LIMA SKAP 23.06.2021 RABU

 

PDPR  BAHASA  MELAYU TAHUN LIMA   SKAP 23.06.21  


OBJEKTIF :

Murid dapat menulis satu karangan bertajuk Pengalaman Bercuti di Pulau Pangkor

PERSEDIAAN :

Komputer riba atau telefon  pintar yang mempunyai talian internet.

Buku Latihan Penulisan (Buku Panjang )

Alat tulis

 

AKTIVITI PERTAMA

Sila tonton video melalui capaian yang diberikan di bawah.

1000 TEMPAT MENARIK DI PERAK

https://www.youtube.com/watch?v=QykjktSN16Y

 

AKTIVITI KEDUA

Baca karangan contoh di bawah dari mula hingga  akhir.

 

Pengalaman Bercuti di Pulau Langkawi

Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga berpeluang bercuti ke sebuah tempat peranginan iaitu Pulau Langkawi.  Aku berasa sangat seronok kerana itu kali pertama aku ke sana.  Sebelum bertolak kami mengemas barang-barang keperluan.  Aku sekeluarga menaiki kereta.  Setelah sampai di jeti, kami perlu menaiki feri untuk sampai ke Pulau Langkawi.  Masa yan diambil untuk sampai ke Pulau Langkawi selama satu jam dari jeti. 

 

Apabila sampai di  jeti ayah segera menyewa kereta untuk pergi ke hotel.Setelah sampai di hotel yang telah ditempah oleh ayah seminggu yang lalu, aku terus merehatkan diri dahulu.  Tempat pertama yang kami lawati ialah Makam Mahsuri yang mempunyai banyak sejarah.  Pelbagai maklumat yang aku perolehi sepanjang berada di sana.  Aku berasa sangat gembira kerana dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang sejarah Mahsuri yang sebelum ini aku hanya mendengar namanya sahaja tetapi tidak mengetahui sejarah tentang Mahsuri.

 

Pada hari kedua, kami berkesempatan untuk menaiki kereta kabel.  Aku sangat seronok sekali kerana pertama kali menaiki kereta kabel tersebut.  Aku dapat melihat pemandangan di seluruh Pulau Langkawi.  Aku dapat menghirup udara yang segar dan nyaman di sini.  Pada waktu petang, kami pergi ke Dataran Helang. Terdapat ramai pelancong yang mengunjungi Dataran Helang.  Kebanyakan mereka datang ke Dataran Helang untuk mengambil gambar.

 

            Pada  Hari ketiga pula, kami isikan dengan melawat sekitar pulau.Kami tidak melepaskan peluang melihat tempat-tempat menarik seperti Makam Mahsuri dan Kampung Buku.Kami adik-beradik berpeluang mandi-manda  di pantai yang bersih.

Pada hari keempat,,kami berangkat pulang meninggalkan pulau yang indah,bersih dan menarik itu.Tempoh tiga hari bagi kami tidak mencukupi untuk melawat sebuah pulau yang agak luas.Namun,pengalaman percutian itu amat besar maknanya bagi saya.

 

Walaupun tidak lama kami sekeluarga berada di sana, tetapi banyak kenangan yang dapat saya peroleh. Saya berharap , saya dapat pergi ke pulau langkawi lagi pada masa akan  datang.

 

AKTIVITI  KETIGA

Tonton video bertajuk Bercuti di Pulau Pangkor melalui capaian di bawah

https://www.youtube.com/watch?v=vTd135j1kO0

 

AKTIVITI   KEEMPAT

Berdasarkan karangan bertajuk Pengalaman Bercuti di Pulau Langkawi  tulis satu karangan yang menceritakan pengalaman kamu bercuti di Pulau Pangkor. Panjang karangan kamu kamu ialah enam perenggan. Tajuk karangan kamu ialah Pengalaman Bercuti di Pulau Pangkor.

Tulis karangan dalam buku latihan penulisan, buku panjang. 

  Klik capaian di bawah untuk melihat contoh karangan.

http://upsr.net/show.php?n=1113971&nS=19225&t=Pengalaman_Bercuti_di_Pulau_Pangkor_by_Pan_Soon_Yik.html


SEKIAN SELAMAT BELAJAR