PDPR BAHASA MELAYU TAHUN LIMA SKAP 23.06.21
OBJEKTIF :
Murid dapat menulis satu karangan
bertajuk Pengalaman Bercuti di Pulau Pangkor
PERSEDIAAN :
Komputer riba atau telefon pintar yang mempunyai talian internet.
Buku Latihan Penulisan (Buku Panjang )
Alat tulis
AKTIVITI PERTAMA
Sila tonton video melalui capaian
yang diberikan di bawah.
1000 TEMPAT MENARIK DI PERAK
https://www.youtube.com/watch?v=QykjktSN16Y
AKTIVITI KEDUA
Baca karangan contoh di bawah dari
mula hingga akhir.
Pengalaman Bercuti di Pulau Langkawi
Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga berpeluang bercuti ke
sebuah tempat peranginan iaitu Pulau Langkawi.
Aku berasa sangat seronok kerana itu kali pertama aku ke sana. Sebelum bertolak kami mengemas barang-barang
keperluan. Aku sekeluarga menaiki
kereta. Setelah sampai di jeti, kami
perlu menaiki feri untuk sampai ke Pulau Langkawi. Masa yan diambil untuk sampai ke Pulau
Langkawi selama satu jam dari jeti.
Apabila sampai di jeti ayah segera menyewa kereta untuk pergi
ke hotel.Setelah sampai di hotel yang telah ditempah oleh ayah seminggu yang
lalu, aku terus merehatkan diri dahulu.
Tempat pertama yang kami lawati ialah Makam Mahsuri yang mempunyai
banyak sejarah. Pelbagai maklumat yang
aku perolehi sepanjang berada di sana.
Aku berasa sangat gembira kerana dapat mengetahui dengan lebih mendalam
lagi tentang sejarah Mahsuri yang sebelum ini aku hanya mendengar namanya
sahaja tetapi tidak mengetahui sejarah tentang Mahsuri.
Pada hari kedua, kami berkesempatan
untuk menaiki kereta kabel. Aku sangat
seronok sekali kerana pertama kali menaiki kereta kabel tersebut. Aku dapat melihat pemandangan di seluruh
Pulau Langkawi. Aku dapat menghirup
udara yang segar dan nyaman di sini.
Pada waktu petang, kami pergi ke Dataran Helang. Terdapat ramai
pelancong yang mengunjungi Dataran Helang.
Kebanyakan mereka datang ke Dataran Helang untuk mengambil gambar.
Pada Hari ketiga
pula, kami isikan dengan melawat sekitar pulau.Kami tidak melepaskan peluang
melihat tempat-tempat menarik seperti Makam Mahsuri dan Kampung Buku.Kami
adik-beradik berpeluang mandi-manda di
pantai yang bersih.
Pada hari keempat,,kami berangkat
pulang meninggalkan pulau yang indah,bersih dan menarik itu.Tempoh tiga hari
bagi kami tidak mencukupi untuk melawat sebuah pulau yang agak
luas.Namun,pengalaman percutian itu amat besar maknanya bagi saya.
Walaupun tidak lama kami sekeluarga berada di sana, tetapi banyak
kenangan yang dapat saya peroleh. Saya berharap , saya dapat pergi ke pulau
langkawi lagi pada masa akan datang.
AKTIVITI KETIGA
Tonton video bertajuk Bercuti di Pulau Pangkor melalui capaian di
bawah
https://www.youtube.com/watch?v=vTd135j1kO0
AKTIVITI KEEMPAT
Berdasarkan karangan bertajuk Pengalaman Bercuti di Pulau Langkawi tulis satu karangan yang menceritakan
pengalaman kamu bercuti di Pulau Pangkor. Panjang karangan kamu kamu ialah enam
perenggan. Tajuk karangan kamu ialah Pengalaman Bercuti di Pulau Pangkor.
Tulis karangan dalam buku latihan penulisan, buku panjang.
SEKIAN SELAMAT BELAJAR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan