Khamis, 24 Jun 2021

PDPR BAHASA MELAYU TAHUN LIMA SKAP 25.06.2021 JUMAAT

 Assalamualaikum semua. Semoga kita sentiasa dilindungi daripada wabak yang sedang melanda seluruh dunia. Sama-sama kita berusaha memutuskan rangkaian penyebaran virus Covid 19 . 

Untuk PDPR Bahasa Melayu hari ini, cikgu sertakan modul atau panduan pembelajaran yang boleh kamu jadikan landasan perjalanan pembelajaran kamu di rumah. Baca arahan atau aktiviti dengan teliti. Pada minggu akan datang kamu akan dibekalkan dengan modul ini di dalam Fail Modul PDPR. Patuhi arahan dan panduan yang diberikan.

Suka cita cikgu maklumkan bahawa  lembaran kerja latihan Kata Ganda bagi Aktiviti 3 terdapat dalam Fail PDPR yang perlu diambil di sekolah. Bagi yang belum mengambil fail tersebut, latihan boleh dibuat kemudian.

Sekali lagi  diingatkan KAMU PERLUMEMBACA ARAHAN DAN PANDUAN DENGAN TELITI. Harap tidak ada kesilapan yang kamu lakukan.

selamat belajar.

  

MODUL  PDPR BAHASA MELAYU TAHUN   LIMA                        TARIKH : 24.06.2021    JUMAAT

 

SK

5.2 –Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks

SP

5.2.3 –Memahami dan menggunakan kata ganda penuh mengikut konteks.

          -Memahami dan menggunakan kata ganda  separa mengikut konteks.

Tajuk

i.Uniknya Muzium Mini

ii.Mari Kita Ceriakan

Masa

60 minit ( 1 jam )

Persediaan

i.Komputer atau telefon pintar

ii,Buku Teks Bahasa Melayu Tahun Lima SK

iiiBuku Latihan Tatabahasa ( Buku Pendek)

iv. Alat tulis

Objektif

Murid dapat mengetahui pembinaan kata ganda seluruh dan kata ganda separa.

Murid dapat menjawab 10 soalan objektif

Murid dapat membina lima ayat dengan kata ganda berdasarkan bahan bacaan.


Aktiviti 1

 

(15 minit )

Sila tonton klip video di bawah . Slik klik atau taip capaian di bawah

https://www.youtube.com/watch?v=iqx8WaAHR1Y

Kata Ganda Bahasa Melayu Tahun 5


Aktiviti 2

 

(10 minit )

 

Keluarkan Buku Teks BM Tahun Lima dan buka muka surat 107. Baca petikan bertajuk Uniknya Muzium Mini.

Terdapat empat tempat kosong yang bertanda pensel dalam akhir petikan. Cuba teka apakah kata ganda yang sesuai untuk diletakkan di tempat-tempat kosong tersebut.

i.___________________ ii_________________________

iii_________________   iv.________________________


Aktiviti 3

(10 minit )

Baca dan jawab soalan-soalan yang dilampirkan bersama modul ini. Terdapat 10 soalan yang perlu dijawab. Kamu dibenarkan menjawab terus pada kertas latihan.

Aktiviti 4

(10 minit )

Klik capaian di bawah dan tonton video dari mula hingga akhir.

https://www.youtube.com/watch?v=7Z2QiqxLHdM

Kata Ganda Separa

 

Aktiviti 5

( 15 minit)

Keluarkan buku teks BM tahun lima, Buka muka surat 108. Baca petikan yang bertajuk Mari Kita Ceriakan. Kesan kata ganda yang terdapat dalam petikan itu. Senaraikan lima kata ganda yang terdapat dalam petikan. Kemudian bina satu baris ayat bagi setiap kata ganda yang kamu senaraikan tadi. Jumlah semua lima ayat sahaja.

CONTOH:

Kata ganda : pepondok

Ayat: Pada waktu rehat kami berlima suka duduk di pepondok yang dibina di tepi padang itu.

 

SETELAH KAMU SELESAI MEMBUAT LATIHAN MASUKKAN KERTAS DAN BUKU LATIHAN KE DALAM FAIL UTK DIHANTAR KEPADA GURU.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan