Jumaat, 19 Februari 2016

BAHASA MELAYU ENAM AL FARABI SKAP

Laporan Lawatan ke Muzium Negeri Perak

     Pada 20 Jun yang lalu, bersamaan hari Ahad, Persatuan Kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan Serai Maju Bagan Serai  telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Negeri Perak. Lawatan yang disertai oleh 40 orang murid itu diiringi oleh empat orang guru pengiring.

     Rombongan kami sampai di pekarangan muzium pada kira-kira jam 10.00 pagi iaitu setelah satu jam perjalanan. Seorang wakil dari muzium telah menyampaikan sedikit taklimat berkenaan muzium tersebut. Pada mulanya, kami telah dipertontonkan dengan tayangan Sejarah Negeri Perak. Kami diberi penerangan tentang sejarah negeri Perak.

     Selepas mengetahui serba-sedikit tentang negeri Perak, kami dibawa pula ke galeri sejarah. Di situ, kami berkesempatan melihat barang-barang sejarah. Pelbagai barang dipamerkan. Antaranya, senjata zaman dahulu, pakaian, peralatan memasak dan pelbagai lagi barang kegunaan zaman dahulu.

     Tepat jam 2.00 petang, rombongan kami telah berada di dalam perut bas untuk lawatan seterusnya. Lawatan kami berakhir dengan kegembiraan dan kami berharap agar tujuan lawatan untuk memberi kesedaran sejarah kepada pelajar tercapai.

Disediakan oleh,                                                                                                                  26 JUN 2015.
  
(IZZATUL ALIA BT RAHMAN)
Setiausaha,
Persatuan Kajian Tempatan,
Sekolah Kebangsaan Serai Maju.




Rabu, 3 Februari 2016

KATA ADJEKTIF PANCAINDERA

  • Menerangkan perkataan yang memberi pengertian tentang konsep rasa,pandang, dengar,bau,sentuh,atau gabungan kelima-lima pancaindera dan berfungsi sebagai penerang kata nama.
  • Pancaindera pandang cantik,molek, kacak,lawa,hodoh
  • Kakak Amin sangat cantik.
  • Pancaindera dengar    : bising, merdu,serak, lunak
  • Suara Siti Norhaliza sangat merdu.
  • Pancaindera bau         : harum,wangi,busuk,tengik,hapak
  • Bangkai ayam itu sangat busuk.
  • Pancaindera sentuh    : kasar,licin,kesat,lembut
  • Lantai simen yang kesat itu menyebabkan lutut adik berdarah.
  • Pancaindera rasa         : sedap,manis,lazat,pedas,masin,tawar
  • Buah mangga di dusun  datuk manis  benar.