Khamis, 8 Julai 2021

PDPR BAHASA MELAYU TAHUN LIMA SKAP 09.07.2021 JUMAAT

 AYAT TUNGGAL   PELUASAN  SUBJEK  PELUASAN  PREDIKAT


AYAT  TUNGGAL

Keluarga Farisha sedang menjamu selera

Encik Farid makan sedikit sahaja

Badan memerlukan semua unsur itu.

Juadah mereka beraneka  rasa.

Ulam itu rasanya pahit.

 

PELUASAN SUBJEK

Keluarga  bahagia Farisha sedang menjamu selera

Encik Farid bapa Farisha makan sedikit sahaja

Badan sihat memerlukan semua unsur itu

Juadah enak mereka beraneka  rasa

Ulam segar itu rasanya pahit.

 

PELUASAN  PREDIKAT

Keluarga Farisha sedang menjamu selera  di ruang makan.

Encik Farid makan sedikit sahaja sepanjang masa

Badan memerlukan semua unsur itu agar sentiasa sihat.

Juadah mereka beraneka rasa  di atas meja.

Ulam itu rasanya pahit dimakan.

 SELAMAT BELAJAR

 


Isnin, 5 Julai 2021

PDPR SEJARAH TAHUN LIMA SKAP 06.07.2021 SELASA

 

MODUL  SEJARAH TAHUN    LIMA         TARIKH : 06.07.2021    SELASA

 

SK

Unit 6

SP

7.3.2

Tajuk

Ke Arah Menuntut  Kemerdekaan

Masa

60 minit ( 1 jam )

Persediaan

i.Komputer atau telefon pintar

ii,Buku Teks Sejarah Tahun Lima SK

iiiBuku Latihan Sejarah ( Buku Pendek)

iv. Alat tulis

 

Objektif

Murid dapat mengetahui aktiviti-aktiviti menuju kemerdekaan negara

Murid dapat menjawab 10 soalan latihan.

 

Aktiviti 1

 

(10 minit )

Murid menjawab soalan kuiz secara dalam talian

Kuiz kemerdekan. Murid membuat tangkap layar markah yang diperoleh

https://wordwall.net/ms/resource/3943175/kemerdekaan

 

Aktiviti 2

 

(20 minit )

 

Murid menonton video bertajuk  .Kemerdekaan Tanah Melayu

 

Arahan : Sila tonton video di bawah dengan teliti. Berikan fokus sepenuhnya. Klik capaian di bawah.

 

https://www.youtube.com/watch?v=VB8qEASGKyE

 

Murid menonton video bertajuk Apa Sebenranya Terjadi 25 Hari Sebelum Merdeka

https://www.youtube.com/watch?v=1zY49YXgrpo

 

Aktiviti 3

(10 minit )

Murid meneliti gambar dan petikan tentang Rundingan Kemedekaan dalam Buku Teks Sejarah Tahun Lima muka surat 82 dan 83

 

Aktiviti 4

(20 minit )

Murid menjawab soalan-soalan latihan. Lampiran latihan disertakan bersama modul ini.

 

SILA PATUHI TARIKH DAN MASA YANG DITETAPKAN OLEH PIHAK SEKOLAH.

.

 

 

 

 

 

 

 

NAMA : _____________________________________  TAHUN : __________________

 

SOALAN  LATIHAN 

Arahan : Jawab semua soalan dengan menulis jawapan yang sesuai.

 

1.Pada tahun 1956 rombongan kemerdekaan bertolak ke _______________ bagi berbincang dengan pihak British untuk menuntut kemerekaan Tanah Melayu.

2.Ahli-ahli rombongan terdiri daripada empat orang wakil raja-raja Melayu dan empat wakil ___________________________

3.______________________________ ialah perjanjian bagi menuntut Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

4. Tarikh __________________________  telah ditetapkan sebagai  tarikh kemerdekaan Tanah Melayu.

5. _____________________________  merupakan wakil bagi pihak British  yang bertemu dengan rombongan kemerdekaan.

6. Wakil bukan Melayu yang menjadi ahli rombongan kemerdekaan ialah _____________________

7. ___________________________  mewakili Raja-raja Melayu dalam rombongan menuntut kemerdekan Tanah Melayu.

 8. Teras utama dalam menuntut kemerdekaan ialah ____________________  dalam kalangan pemimpin.

9. _________________________  menandatangani Perjanjian Kemedekaan Persekutuan Tanah  Melayu .

10. Kaedah yang dipilih oleh pemimpin negara kita bagi mencapai kemerdekaan ialah kaedah _____________________________.

 

JADIKAN SEJARAH SEBAGAI PENGAJARAN DALAM HIDUP DAN MOTIVASI UNTUK MEMAJUKAN AGAMA DAN BANGSA