Rabu, 17 Februari 2021

PDPR SEJARAH TAHUN 5 AB 5 AF DAN 5AG 18.02.2021

 

SEJARAH TAHUN LIMA : WARISAN ISLAM DI MALAYSIA


AKTIVITI 1

Sila tonton video bertajuk Warisan Islam di Malaysia melalui pautan di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=C8-jrEm21J4

 

AKTVITI 2

Salin dan jawab semua soalan di bawah ke dalam buku latihan Sejarah. Pilihan jawapan tidak perlu disalin ke dalam buku.

Sumatera

arkeologi

Canton

Sutera

keharmonian

harmoni

Hindu

Persekutuan

toleransi

Johor

Terengganu

Malaysia

 

1. Sejak zaman Kerajaan Melayu Awal di Kedah Tua dan _____________ , agama Islam telah berkembang di negara kita.

2. Pengaruh agama _____________ dan Buddha telah wujud dalam masyarakat tempatan.

3. Pedagang dari Arab dan Parsi telah menyebarkan agama Islam ke India, _____________dan ke China.

4. Kedatangan Islam ke  Tanah Melayu dibuktikan melalui ______________  dan penulisan.

5. Jalan ____________ ialah jalan perdagangan darat yang menghubungkan rantau Timur dan Barat.

6. _____________ merupakan pusat perdagangan yang penting di China.

7. Dalam Perlembagaan Malaysia telah dinyatakan bahawa agama Islam sebagai agama __________

8. Kita perlulah menghormati amalan agama dan kepercayaan lain agar hidup kekal _____________.

9. Aktiviti menziarahi jiran berlainan semasa musim perayaan menunjukkan wujudnya ___________ antara kaum.

10. Setiap rakyat perlulah memelihara ______________ dan kemakmuran negara.

 

JADIKAN SEJARAH SEBAGAI PENGAJARAN DAN PEMACU UNTUK MEMACU KEMAJUAN BANGSA

 

 

Ahad, 14 Februari 2021

PDPR BAHASA MELAYU 5 AF dan 5AG ISNIN 15.02.2021

 

PDPR  BAHASA MELAYU  TAHUN  5AF dan 5AG  15.02.2021  ISNIN

 

Aktiviti  1:

Tonton video melalui capaian di bawah dari mula hingga akhir. Cadangan masa menonton adalah pada pukul 8.15 pagi hingga 8.45 pagi.

 

https://youtube.com/playlist?list=PLo4PS0-S4vsiWNjsiOSq58-ZquXln21HR

 

 

Aktiviti 2 :

Lihat gambar  di bawah dan fahami jadual teknik pembinaan  ayat yang dicadangkan.

 

 



 

 

Jadual Pembinaan Ayat

 

Subjek

Kata Kerja

Objek

Keterangan/Huraian

( yang//kerana/untuk )

 

Keluarga Nurul

membersihkan

halaman rumah

agar kawasan rumah mereka kelihatan bersih dan kemas.

1

Emak Nurul

menanam

anak pokok bunga

supaya halaman rumah mereka cantik dan berseri.

2

Ayah Nurul

memasukkan

sampah

ke dalam plastik smpah untuk dibuang ke tempat pembunagan sampah.

3

Fahim

menggunakan

pencakar

untuk mengumpul daun-daun kering yang bertaburan di bawah pokok.

4

Nurul

menjemur

pakaian

yang telah dibasuhya pada pagi tadi.

 

5

Haikal

menyiram

pokok-pokok bunga

agar pokok itu hidup subur

 

Aktiviti 3 :

Berdasarkan jadual pembinaan ayat di atas, bina lima ayat yang lengkap. Tulis ayat-ayat ke dalam buku latihan Penulisan. ( Buku Panjang )

Contoh :

Keluarga Nurul sedang membersihkan halaman rumah agar kawasan rumah mereka kelihatan bersih dan kemas

1. ____________________________________________________________________________.

2. ____________________________________________________________________________.

3. __.__________________________________________________________________________

4._____________________________________________________________________________

5 _____________________________________________________________________________

 

Aktiviti 4 : Tatabahasa ; kata ganti nama.

PILIHAN JAWAPAN

ini

sini

begini

sana

kalian

siapa-siapa

apa-apa

apa-apa

mana-mana

bila-bila

awak

bila

 

Salin semua  soalan  dan tulis jawapan di tempat kosong berpandukan pilihan jawapan yang disediakan. Gunakan buku latihan tatabahasa (buku pendek)  untuk menjawab soalan.

1. “Jika ____________ ada masa lapang, jemputlah ke rumah saya,” kata Ainul kepada kawan-kawannya.

2. Nah, ambil wang__________ !” kata emak sambil menghulurkan wang kepada saya.

3. Abang saya pergi ke Kuala Lumpur. Dia ada urusan di ___________________.

4. “Cuaca di _______________  sungguh sejuk,” kata Salim sambil menahan kesejukan.

5. Jangan berkelakuan _______________,tidak elok,” nasihat ibu kepada Zarif.

6. Kalau tidak ada _____________________  masalah  projek itu akan siap sebulan lagi.

7. Duduklah di __________________________ yang kamu suka.

8. Entah __________________  yang disimpanya di dalam peti itu.

9. ____________ pun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan.

10. Jemputlah ke rumah saya __________________ encik ada masa lapang.

 

 

SEKIAN  HARGAILAH  MASA

 

Ahad, 7 Februari 2021

PDPR BAHASA MELAYU TAHUN 5 AF DAN 5 AG ISNIN 08.02.2021

 PDPR BM TAHUN 5AF DAN 5 AG            08. 02.2021  ISNIN 8.00 -10.00 PAGI

BAHAGIAN  PEMAHAMAN 

Baca petikan syarahan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Petikan syarahan tidak perlu disalin ke dalam buku.

**********************************************************************************

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis,  barisan hakim, guru-guru dan rakan-rakan tahun lima yang saya hormati sekalian. Tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada pagi  ini ialah “Negara Bersih Rakyat Sihat”.

Hadirin yang saya muliakan,

            Dalam kehidupan seharian pada masa sekarang, aspek kebersihan memerlukan keprihatinan semua pihak agar negara kita sentiasa bersih dan rakyat pula sihat. Seruan inilah yang sering diuar-uarkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Sesungguhnya rakyat yang sihat merupakan aset yang paling penting bagi sesebuah negara.

            Justeru, pencemaran perlu dihindarkan kerana gejala ini mampu mengundang pelbagai bahaya dan kesan buruk kepada manusia. Sikap tidak bertanggungjawab menjadi punca utama pencemaran berlaku sama ada pencemaran udara, air dan sebagainya. Pencemaran ini berpunca daripada sikap manusia sendiri seperti aktiviti pembuangan sampah ke merata-rata tempat, pelepasan asap dari kilang, pembuangan sisa toksik ke dalam sungai dan pelbagai punca lagi. Hal ini akan mengakibatkan rakyat negara ini menghidap pelbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung, batuk kering, barah paru-paru, sesak nafas dan penyakit-penyakit lain lagi. Maka, sikap peka terhadap alam sekitar haruslah dititikberatkan oleh setiap anggota masyarakat.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

            Dalam konteks Malaysia kini, antara langkah yang boleh kita lakukan untuk menangani masalah ini adalah dengan mengurangkan penggunaan bahan kimia. Sebagai contoh, penggunaan racun serangga dan alat penyaman udara merupakan antara punca pencemaran yang paling ketara dan serius. Kedua-duanya mampu mengakibatkan penipisan ozon. Oleh itu, penggunaan bahan ini perlu dikawal supaya alam semula jadi terus terjaga.

Program kitar semula yag diperkenalkan haruslah diberi perhatian kerana program ini mampu menjaga alam sekitar. Bahan-bahan terbuang ada yang dapat digunakan semula dan ada juga yang sesuai dikitar semula menjadi bahan lain. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproses menjadi bahan nutrien untuk menghindarkan pembaziran dan surat khabar pula boleh dijadikan tisu.

Justeru, marilah kita bersama-sama memastikan agar negara kita sentiasa bersih dan terpelihara kerana negara bersih, rakyat sihat.

*********************************************************************************

Salin soalan ke dalam buku latihan pemahaman dan jawab semua soalan dalam ayat yang lengkap.


1.Apakah tajuk syarahan yag telah disampaikan oleh peserta tersebut?

________________________________________________________________


2.Siapakah yang perlu lebih prihatin terhadap kebersihan negara?

________________________________________________________________


 3.Ke manakah sisa toksik itu dibuang hingga menyebabkan berlakunya pencemaran?

____________________________________________________________________


4.Mengapakah program kitar semula dikatakan mampu menjaga alam sekitar?  

____________________________________________________________________


5.Apakah harapan penyampai syarahan kepada semua hadirin?

_____________________________________________________________________


Soalan 6 hingga Soalan 10

Padankan  perkataan dengan maksudnya.

 

Perkataan

 

Maksud

 

6

keprihatinan  *

 

* diumumkan

 

7

diuar-uarkan  *

 

* pengotoran

 

8

aset                *

 

* perhatian

 

9

pencemaran   *

 

* lapisan atmosfera

 

10

ozon              *

 

* harta

 

 

BAHAGIAN  TATABAHASA

Tajuk : Penjodoh Bilangan

Klik pautan di bawah untuk menonton video bertajuk Penjodoh Bilangan.

https://www.youtube.com/watch?v=jokp9RNsrt4

 

 Salin dan jawab soalan-soalan di bawah dengan pilihan jawapan yang diberikan. 

biji

rawan

cubit

batang

tandan

helai

jambak

pucuk

kawan

buah

bentuk

rangkap

 

1. Haji Karim sedang menjahit  se ____________ jala di hadapan rumahnya.

2. Emak mengambil beberapa ____________ garam dan dimasukkan ke dalam masakannya.

3. Se _____________ pokok telah tumbang di tengah jalan.

4. Abang sedang mengait se____________ kelapa di belakang rumah.

5. Irfan menghulurkan se ___________ bunga kepada saya.

6.Ayah menghadiahi emak se__________ cincin permata.

7. Jamayah sedang asyik menjahit se___________ baju kurung.

8. Se___________ burung sedang berterbangan di udara.

9. Kucing jiran saya telah dilanggar oleh se___________ kereta.

10.Salimah mengambil se___________ epal di atas meja.

 

SEKIAN, SELAMAT BELAJAR