ARAHAN KEPADA MURID-MURID ENAM
AL FARABI:
- Baca dan fahami soalan penulisan di bawah.
- Buat analisis soalan. Kenal pasti maklumat dengan kata tanya siapa, mana, apa dll
- Bina peta minda berdasarkan kerangka karangan yang diberikan.
- Tulis karangan yang lengkap ke dalam Buku Penulisan B
- Pastikan kamu menggunakan kaedah ISCK untuk memantapkan isi karangan.
- Semak karangan kamu dengan kaedah PETAI
- Pastikan karangan kamu siap dalam masa setengah jam.
- Layari mana-mana laman web untuk mencari teknik menulis dialog.
Ketika sedang menunggu kenderaan bapa anda di
pekarangan sekolah, anda dan rakan anda telah berbual–bual tentang cara–cara
menangani masalah buli di sekolah.
Tulis dialog anda selengkapnya. Panjang karangan
mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
KERANGKA
Pendahuluan:
- ucap selamat
- menyentuh isu buli
Isi 1
Mengetatkan peraturan
sekolah
- murid–murid yang terlibat dalam kes buli dikenakan hukuman berat
- menghubungi / memanggil ibu bapa untuk berbincang
- dirotan / digantung persekolahan / dibuang sekolah sebagai pengajaran.
Isi 2
Memberi motivasi kepada
murid–murid yang bermasalah / berpotensi membuli
- memberi kaunseling
Isi 3
Menempatkan pengawal
keselamatan di sekolah
- membantu pihak sekolah menangani masalah buli
- menimbulkan rasa hormat dan takut dalam kalangan murid
Isi 4
Membanyakkan aktiviti
kokurikulum
- aktiviti berkumpulan
- pertandingan kuiz, sukan, gotong–royong
Penutup
Penutup perbualan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan