Ahad, 5 Mei 2013

Petua Pelajar Cemerlang




Sambungan …
21Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22Tahu petua mengulang kaji:
       cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
       siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
       duduk tegak dikerusi yang selesa
       baca doa penerang hati
       baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
       fikir dan ingat kembali isi utama
       catat/lakar
       semak semula ketepatan maklumat
       ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
       buat rumusan
       jawab soalan
       tampal maklumat yang rumit di dinding
       baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca     surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.


24Tahu petua-petua agar tidak lupa:
       jangan makan kepala ikan
       jangan makan organ dalaman
       jangan minum semasa makan
       jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
       jangan melihat kemaluan
       banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
       banyakkan makan kismis, kurma dan madu
       banyakkan makan kekacang
       pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
       jangan makan sehingga terlalu kenyang
       jangan kencing berdiri

25Tahu kemahiran mengingat:
       tampal nota-nota penting di dinding
       tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
       gunakan kaedah akronim
       reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
       pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26Cekap mengatur jadual belajar:
       mempunyai jadual belajar
       patuh kepada jadual
       buat jadual yang boleh diikuti

27Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan     sebagai dorongan untuk belajar.

28Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara     yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

29Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari    dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

30Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

31Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

32Pelbagaikan tempat belajar.

33Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru   apabila          tidak     faham

34Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting    dan sebagainya.

35Ciri-ciri pelajar cemerlang:
       taat kepada Allah
       mendirikan sembahyang
       menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
       hormati & sayangi guru
       bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
       suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
       membantu rakan yang memerlukan
       berdoa dan bersyukur kepada Allah
       sentiasa bertawakal
       mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan