Isnin, 28 Jun 2021

PDPR SEJARAH TAHUN LIMA SKAP 29.06.2021 SELASA

 

MODUL  SEJARAH TAHUN    LIMA         TARIKH : 29.06.2021    SELASA

 

SK

Unit 6

SP

7.3.2

Tajuk

Ke Arah Menuntut  Kemerdekaan

Masa

60 minit ( 1 jam )

Persediaan

i.Komputer atau telefon pintar

ii,Buku Teks Sejarah Tahun Lima SK

iiiBuku Latihan Sejarah ( Buku Pendek)

iv. Alat tulis

Objektif

 

Aktiviti 1

 

(15 minit )

Murid menjawab soalan Kuiz Tokoh Kemerdekaan secara dalam talian. Murid ulang menjawab hingga betul semua soalan. 12/12

 Arahan: Klik capaian di bawah dan jawab semua soalan. Ulang jawab soalan hingga betul 12 soalan.

 https://wordwall.net/ms/resource/17829990/sejarah-tahun-5-unit-6-tokoh-pejuang-kemerdekaan

 Kuiz Sejarah Tahun 5 Unit 6 :Tokoh Pejuang Kemerdekaan

Aktiviti 2

 

(20 minit )

 

Murid menonton video bertajuk Ke Arah Menuntut Kemerdekaan PDPR Sejarah Tahun Lima.

 Arahan : Sila tonton video di bawah dengan teliti. Berikan fokus sepenuhnya. Klik capaian di bawah.

 https://www.youtube.com/watch?v=7B3ktqxvLD0

 

Aktiviti 3

( 15minit )

Murid menulis kembali peristiwa-peristiwa menuntut kemerdekaan mengikut urutan masa yang betul.

 LATIHAN  SEJARAH : KEMERDEKAAN

Arahan: Tuliskan peristiwa yang sepadan dengan tarikh. Lihat contoh  yang diberikan. Soalan dan jawapan perlu disalin ke dalam Buku Latihan Sejarah.


1942

Pendudukan Jepun yang membawa kesengsaraan kepada penduduk Tanah Melayu

 

1946

 

 

1948

 

 

1945

 

 

1955

 

 

1956

 

 

1957

 

 

1965

 

 

 

Pilih kenyataan peristiwa di bawah dan  tulis pada ruang yang sesuai di atas.

Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

 

Orang Melayu bangkit menentang penubuhan Malayan Union oleh British

 

Wakil raja-raja Melayu dan wakil Parti Perikatan berangkat ke London untuk berunding dengan  British berkaitan dengan kemerdekaan.

Bermulanya  penubuhan parti-parti politik seperti PKMM,  UMNO, MIC MCA, dan Hizbul Muslimin

 

Keganasan yang dilakukan oleh komunis mengakibatkan  darurat diisytiharkan di seluruh negara.

 

Sebuah parti politik yang mewakili pelbagai kaum ditubuhkan sebelum  pilihanraya diadakan

 

Pendudukan Jepun yang membawa kesengsaraan kepada penduduk Tanah Melayu.

 

Negara Malaysia ditubuhkan.

 


Aktiviti 4

(10 minit )

Murid membentangkan jawapan dan berbincang dengan guru

 

Buku latihan Sejarah perlu dimasukkan ke dalam fail A untuk dihantar pada hujung minggu.

 

JADIKAN SEJARAH SEBAGAI PENGAJARAN DAN SEMANGAT UNTUK MAJUKAN BANGSA DAN AGAMA.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan